MAGIC CARD ENTERPRISE

Kad Kahwin Design Passport

Antara design kad kahwin yang unik - Design Passport

Kad Kahwin Passport

Sekiranya anda inginkan sedikit kelainan dalam menjemput atau mengundang tetamu ke majlis resepsi anda nanti, design passport ini pasti dapat memberi impak kelainan itu. Design yang seakan passport perjalanan rentas negara ini cukup untuk membuatkan sesiapa yang menerimanya kagum atau terpesona dengan kelainan yang ditunjukkan.

Kad Kahwin Passport

Design bahagian dalam atau bahagian undangan kami membuat susunatur yang ringkas dan padat tetapi sangat jelas untuk membawa mesej kepada tetamu yang diundang. Latar belakang pula menggunakan corak variasi seakan dalaman passport yang betul. 

Perasan tak anda antara dua gambar diatas ada perbezaan antara keduanya. Ya, corak utama dihadapan adalah berbeza dan anda bebas untuk memilih yang mana satu pilihan hati.

Untuk lokasi majlis kami gunakan QR kod yang mana tetamu boleh scan menerusi telefon bimbit mereka dan akan ke pautan google Maps terus ke lokasi yang ditetapkan.

Kad Kahwin Passport

Bukan itu sahaja, design ini kami datangkan dengan dua warna berbeza iaitu kombinasi merah gold dan kombinasi biru silver. Dua warna ini dipilih kerana warnanya agak sinonim dengan warna passport. 

Kad Kahwin Passport

Anda boleh lihat untuk kombinasi warna biru turut mempunyai 2 corak utaman yang berbeza untuk dipilih. Gambar diatas juga anda dapat lihat layout atau susun atur undangan kad kahwin ini.

Previous Next
Close
Test Caption
Test Description goes like this