Ketahui lebih lanjut
Terma & Syarat
- TEMPOH masa proses bermula selepas maklumat tempahan, bayaran deposit dan lakaran peta/map diterima. Sila lengkapkan semua perkara dan butiran yang diperlukan secepat mungkin selepas menerima invois. Tempahan akan terbatal dengan sendirinya sekiranya butiran tidak dihantar dalam masa maksima 30 hari selepas invois dikeluarkan.
- TEMPOH masa perjalanan proses menyiapkan tempahan kad kahwin seperti jadual dibawah :
Tempahan | Draft | Semakan | Cetakan | Total Masa (Siap) | Caj |
---|---|---|---|---|---|
Normal | 3-5 Hari Bekerja | 1-2 Hari Bekerja | 7-10 Hari Bekerja | 14 Hari Bekerja | Tiada Caj |
Urgent | 1-2 Hari Bekerja | 1 Hari Bekerja | 5 Hari Bekerja | 7Hari Bekerja | 30% |
Super Urgent | 12 Jam | 12 Jam | 3 hari Bekerja | 4 Hari Bekerja | 60% |
- DEPOSIT tempahan adalah sebanyak 50% atau 70% daripada jumlah keseluruhan perlu dibayar & baki selebihnya perlu dijelaskan setelah tempahan siap dan pembayaran dilakukan semasa pengambilan atau sebelum penghantaran (postage) dilakukan.
- POSTAGE atau perkhidmatan penghantaran ekspress akan dicaj mengikut lokasi, pakej atau kuantiti kad (Berat – Kilogram) yang ditempah.
Penghantaran ke Semenanjung Malaysia biasanya mengambil masa 1-3 hari bekerja menggunakan perkhidmatan kurier JnT Ekspress. Manakala ke Pulau Langkawi/ Sabah dan Sarawak akan mengambil masa 2-5 hari bekerja menggunakan perkhidmatan kurier JnT Ekspress / Poslaju Malaysia. Masa penghantaran mungkin berubah bergantung kepada jadual penghantaran syarikat kurier. - TEMPAHAN SIAP perlulah diambil sendiri di showroom kami bagi pelanggan self collect dan bayaran baki akhir dijelaskan selewat – lewatnya 14 hari selepas dimaklumkan siap oleh pihak kami.
- FREE DESIGN adalah hanya pilihan template design sedia ada yang disediakan didalam website kami sahaja (webmagiccard.com.my). Bagi customised/personalised design sedia ada atau permintaan design yang baru untuk kami buat atau design semula akan dikenakan caj tambahan. Sila rujuk bahagian caj tambahan untuk lebih lanjut.
- PROSES CETAKAN hanya akan dibuat selepas kami menerima pengesahan akhir daripada pelanggan menyatakan artwork sudah boleh dicetak. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan selepas artwork disahkan boleh dicetak oleh pelanggan. Untuk setiap cetakan akan terdapat ketidakselarasan warna dengan kadar 10% daripada warna contoh yang dipamerkan. Selain itu, warna pada paparan skrin anda tidak boleh dijadikan ukuran perbandingan dalam menentukan perbezaan julat warna produk akhir kerana format paparan & cetakan adalah berbeza. Kualiti potongan produk akhir juga ada perbezaan julat standard +-0.5inch.
- PEMBATALAN TEMPAHAN boleh dilakukan dan hanya 50% deposit sahaja akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat sebelum draft pertama dikeluarkan. Sekiranya pembatalan dibuat selepas draft pertama dikeluarkan, deposit tidak akan dikembalikan semula.
- Semua terma dan syarat yang diberitahu adalah muktamad. Pihak kami berhak menukar mana-mana terma dan syarat tanpa sebarang notis.
CAJ-CAJ TAMBAHAN yang dikenakan hanya sekiranya berkaitan dengan perkara berikut :
- Tempahan kad yang dibuat untuk 2 pihak dalam 1 kad yang sama yang mempunyai 2 map lokasi berbeza (+RM20)
- Request design baru yang bukan daripada koleksi template kami untuk dibuat semula (+RM50)
- Customised/ Personalised design sedia ada seperti menukar warna dan penambahan sedikit elemen grafik (+RM20)
- Menukar design yang telah dipilih ke design kami yang lain selepas draft dikeluarkan (+RM20)
- Menukar pelan lokasi baru yang berbeza daripada pelan lokasi sebelumnya setelah draft dikeluarkan (+RM20)
- Menukar atau meletakkan gambar yang berbeza bagi setiap item (+RM10 per imej)
- Pelanggan ingin membuat pembetulan atau perubahan lagi setelah 3 kali semakan/pembetulan percuma. (+RM20 per 3kali semakan semula)
NOTIS
- Memasukkan gambar adalah dibenarkan pada item-item seperti kad, banner, bunting dan lain-lain tetapi hanya satu gambar yang sama sahaja. Sila bagi gambar asal yang jelas atau beresolusi tinggi dan terus email kepada kami. Jika file gambar tersebut beresolusi rendah seperti daripada media sosial atau aplikasi permesejan, kami tetap akan terima tetapi kebiasaannya kualiti akhir produk akan jagged. Kami tidak bertanggungjawab dan tidak akan menerima sebarang aduan atau ketidakpuasan hati terhadap kualiti cetakan yang berpunca daripada file pelanggan sendiri.
- Bagi peta/map lokasi, sila hantar lakaran tangan atau map sedia ada daripada kad lain untuk rujukan kami design semula. Google Map atau Pin Location adalah tidak diterima kerana terlampau luas dan crowded. Sila ringkaskan map tersebut mengikut keutamaan sahaja.